Saturday, June 12, 2010

Karangan Jenis Berita

I found my old Karangan book back when I was in primary school and I had fun reading those hilarious "karangan-s" I wrote when I was only 120cm tall?

Anda telah ditugaskan oleh ketua anda, untuk menulis berita tentang kejadian rompakkan bank oleh empat orang lelaki. Tulis berita itu selengkapnya.

DAMANSARA JAYA, Jumaat (tarikh?? tajuk ??) - Sebuah bank yang dikenali sebagai Alliance Bank di Jalan Damansara telah dirompak oleh tiga orang pemuda yang bersenjatakan pistol. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 1 petang apabila beberapa pengawai bank pergi makan tengahari.

Seorang pengawai bank yang berada di tempat kejadian berusia 25 dan bernama Encik Wong berkata kejadian rompakan tersebut berlaku dalam masa yang amat singkat, iaitu, kira-kira 10 minit. Jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM20,000.

"Dua orang perompak tersebut memasuki bank dengan bertopeng, sarung tangan dan bersenjatakan dua pucuk pistol. Seorang lagi menunggu rakan-rakannya dalam kereta di luar bank," kata Encik Wong. Segala-galanya berlaku sepantas kilat. *direct translation from "as fast as lightning" LOL*

Encik Wong menceritakan, " seorang perompak mengacukan pistolnya kepada salah seorang pelanggan kami. Manakala seorang lagi mengutip wang yang ada dan mengambil barang yang berharga dan meletaknya ke dalam kotak". Kesemua perompak itu berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang berwarna putih dan menghalakan ke Jalan Damai.

Balai Polis Damansara merayu menyeru kepada orang ramai yang menyaksikan rompakkan tersebut melaporkan kepada pihak polis. Nombor yang boleh dihubungi adalah 03-33333330 untuk mencari Inspektor Jalaludin Hassan.*Those were the days where Jalaludin Hassan was very famous in the show "anda ingin menjadi seorang jutawan? haha!!"



Polis minta kerjasama dari orang ramai yang ternampak sebuah kereta putih Proton Satria 1.5 dan bernombor WAB 3333 supaya melaporkannya ke balai polis yang berdekatan.



Verdict ? 18 1/2 ~ improvement..! by half a mark...

3 comments:

Anonymous said...

hahahaha,i see that u like the number 3 alot in this essay yah.......hahahaha.

Anonymous said...

haha,,karangan ke ni?

Anonymous said...

merayu?
haha...
good one...